Saturday 26 April 2014

9. Soal Jawab A-Z Tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya...

Pengarang: Dr. Haji Zahazan Mohamed
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun: 2011
Mukasurat: 278
Saiz: 24cm x 16.5cm
Harga: RM30.00 / RM32.00(SS)
ISBN 978-967-388-024-9


Muke Depan: Wajah Penulis

Belakang: Sinopsis buku

Buku yang cantik molek nih bincang pasal hal2 munakahat jer. Munakahat nih kalo dalam bahase melayu nye hal2 kahwin ngan kekeluargaan lah. Buku ini gune undang2 Islam dalam menjawab semua persoalan. Pasni tkleh la ade alasan lagi kate "tak tau pon", "takdek org cakap la", "kat mane nak belaja bende tu". Buku ni pade pendapat saye lengkap la dalam menjawab isu semase sekarang ni. Tapi, saye belom kahwin, tak tau la pandangan orang yang dah kahwin camne pulak. Oh ye, penulis ni famous tau, selalu je nampak kat media massa.Saye suke tengok die ceramah.hahaha...


Persoalan terbahagi kepada beberape fasal. Yang ni fasal 5: Perempuan yang haram dinikahi

Syarat kelayakan nak jage anak kecil yang mak bapak dah cerai

Siape lagi berhak jage anak bile mak bapak bercerai. mak atau bapak?



Ade 2 persoalan menarik. Satu, bakal suami belum baligh dan Due, soalan mengenai perkahwinan berlainan agama dan murtad

Hukum lelaki dewasa menyusu


Kenape perlunye fasakh


Kelebihan buku ni:


  • Semua persoalan ade jawapan
  • Tulisan besar2, ayat senang faham
  • Jawapan bukan ambik ilham dalam mimpi, tapi ade hadis dan ayat Al-Quran yang menyokong
  • Buku ni wajib ade la untuk setiap muslim, untuk jadi panduan kepade kite, tk kisah la dah kawin atau belom


Kelemahan buku ni:

  • Buku ni takdek gamba2 tapi saye tak ckp tu kelemahan tau. Cume kalau ade gamba lagi bagus.
  • Buku ni dah cukup bagus dah, takdek ape2 nak di komen pon



Petikan menarik buku ni:

Soalan 260
Bagaimanakah pula kesan buruk amalan poligami ini terhadap anak-anak?

Kesan buruk amalan poligami terhadap anak-anak, ialah:

  • Mengganggu jiwa anak-anak yang berasa kecewa disebabkan mereka menganggap bapanya tidak lagi mengambil berat atau telah kurang perhatian terhadap ibu dan keluarga mereka.
  • Timbul perasaan hasad terhadap isteri mudanya kerana bapanya memberi kasih sayang yang lebih pada isteri muda berbanding ibu mereka
  • Timbul perasaan marah terhadap sikap bapa yang mereka anggap lebih mementingkan diri sendiri berbanding keluarga

0 comments:

Post a Comment