Saturday, 26 April 2014

8. Tuan Bertanya Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari


Pengarang: Dr Danial Zainal Abidin
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Tahun: 2011
Mukasurat: 375
Saiz: 23cm x 15.5cm
Harga: RM30.00 / RM33.00(SS)
ISBN 978-967-0142-48-7

Muke Depan: Wajah Penulis berserta design yang ringkas

Belakang: Simple je, takdek gamba

Buku ini mengandungi persoalan dan jawapan yang terbahagi kepada Bab 2: Islam dan persoalan yang timbul serta Bab 3: Iman, Allah dan persoalannya. Persoalan2 yang dikemukakan dalam buku ni ade yang biase kite dengar dan ade yang tak pernah terpikir pon. Ape2 pon, penulis dah menjawab soklan2 tu dengan baik dan syabas diucapkan kerane berjaye menghasilkan buku ilmiah yang sangat bagus serta bertaraf dunia!



Di halaman belakang buku, ade dijelaskan mengenai biodata penulis, taraf pendidikan, pengalaman beliau dan sebagainye. Dr Danial ni famous woo...selalu muncul kat TV
Di bawah ni adalah antara persoalan2 yang terdapat dalam buku ni. Setiap persoalan dijawab dengan tepat dan tak la panjang lebar sangat, cukup la untuk kite sume paham. Penulis jugak support jawapan2 die dgn ayat Al-Quran, Hadis, Jurnal, keratan akhbar dan jugak hasil kajian sains terkini. Ini membuatkan pembace berase lebih yakin lagi dengan jawapan2 yang tersedia dalam buku ni.


Soalan mengenai Ketuhanan. Soalan biase, jawapan luar biase. Jawapan daripada Dr. Danial betol2 membukak minda saye


Buku ni bukan je cover bab2 syariat, tapi ade jugak soalan yang bersifat pengetahuan am. Macam kat atas ni, soklan ni nak tau ciri2 ajaran sesat. Moga2 kite semua terlepas dari ancaman ajaran sesat nih

Saye ade bace beberape petikan dari Bible sebelum ni mengenai kisah2 rasul. Tak saye nafikan cerite2 nye sangat mengaibkan dan saye macam tak percaye lak kisah2 macam tu ditulis dalam kitab agama. Jawapan Dr. Danial ni menambahkan lagi pengetahuan saye dalam hal ini

Persoalan mengenai hal ghaib yang kite tak nampak. Tapi kite wajib percaye.


Soalan yang menarik bagi saye. Jawapan daripade Dr. Danial juge amat mudah difahami dan jelas. Takdek keraguan disitu



Kelebihan buku ni:

  • Sarat dengan ilmu pengetahuan. Ade yg saye dah tahu, tapi ade banyak lagi yg saye tak penah tahu pon
  • Buku ni sangat bagus untuk menambah pengetahuan bukan saje dari sudut islamik nye malah banyak persoalan berbentuk pengetahuan am jugak kat dalam ni
  • Jawapan penulisan sangat superb. Mungkin sebab saye ni peminat pade penulisan Dr. Danial, saye mmg sgt happy bile bace buku ni. Tapi kalo korang tak penah bace dan kenal sape Dr. Danial ni, saye syorkan korang beli lah buku2 die, mungkin boleh start dgn buku ni ke. Percaye lah..tak rugi pon.
  • Dr. Danial mmg ade pengetahuan mengenai persoalan2 tu dengan mendalam. Jawapan die sgt mudah difahami, lagipon takleh nak argue mane lah sebab dalil2 die banyak sgt.
  • Buku ni sesuai untuk semua bangsa dan agame.Kalo ade yang non-muslim nak beli pon tak ape, sebab ade persoalan2 dalam buku macam soalan yg diajukan oleh non-muslim mengenai islam. 
  • Saye rase tak mahal pon.hahaha



Kelemahan buku ni:

  • Walaupon sebelum ni saye ade tulis yg saye ni suke bace buku kaler2 kan. Tapi, saye tak kisah pon hal tu bile saye bace buku ni. Mungkin sebab buku ni menjelaskan sesuatu perkare dgn sejelas2 nye jadi takdek gamba pon saye ok je
  • Kelemahan, saye rase takdek kot. Sebab saye betol2 sukekan buku ni. Dari Muke depan sampai muke belakang, sume nye I like.heeeeee...




Petikan menarik buku ni:

Persoalan 27: Wujudkah kajian saintifik berkaitan solat?


Jawapan:


Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, pernah membuat kajian saintifik berkaitan solat. Namun sebelum kita manfaatkan kajian ini, perlu kita fahami beberapa perkara penting berkaitannya:


Solat difardukan atau disyariatkan bukan disebabkan sains dan penemuannnya. Kewajipan melaksanakan solat adalah berdasarkan nas dan dalil syarie.


Dalam bab ibadah khusus, sains tidak boleh digunakan bagi menentukan ataupun mengubah hukum yang sudah diputuskan oleh syariat.


Sains boleh digunakan sebagai sokongan kepada ketetapan syariat, di samping meningkatkan motivasi umat.


Memandangkan solat mempunyai rukun perbuatan atau fi'li(di samping rukun qauli dan qalbi), aspek fizikal sememangnya wujud dalam solat. Justeru, sudah pasi kesan fizikal akan dialami oleh mereka yang menunaikan solat. Tidak ada salahnya menggunakan sains bagi mengkaji kesan-kesan fizikal ini, atas keyakinan setiap apa yang Allah tetapkan pasti ada kebaikannya.


Dalam buku Solat Kebaikan dari Perspektif Sains(Universiti Malaya, 2009), dilaporkan perihal beberapa penemuan saintifik berkaitan solat. Antaranya:

  • Kadar denyutan jantung adalah rendah ketika sujud iaitu 72 dan 73 bpm. Posisi ini adalah yang terbaik bagi kesihatan jantung.
  • Posisi rukuk pada sudut 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang, dan boleh digunakan sebagai terapi bagi mengurang dan memulihkan sakit pinggang.
  • Pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvis. Ini dapat memperbaiki pengaliran darah serta dapat membantu lelaki yang menghidap disfungsi ereksi iaitu lemah anggota kelelakian.
  • Dalam konteks mental, otak didapati mengeluarkan gelombang alpha yang agak jelas ketika sujud. Gelombang alpha ialah gelombang yang melambangkan ketenangan. Tambahan daripada itu, jalur frekuensi gamma selepas solat adalah lebih tinggi berbanding sebelum solat. Ini menunjukkan, penumpuan dan daya ingatan meningkat ke atas mereka yang bersolat dengan khusyuk.

Umat islam beribadat dan bersolat berdasarkan nas. Mereka melaksanakannya hanya kerana Allah. Namun, umat Islam perlujuga meyakini, setiap perkara yang Allah tetapkan pasti ada kebaikannya dari sudut duniawi dan ukhrawi, badani dan rohani. Penemuan saintifik berkaitan kebaikan solat tidak mengubah hukum-hakan syariat. Namun, ia mampua meningkatkan motivasi dalam kalangan umat Islam

0 comments:

Post a Comment