Saturday 3 May 2014

13. Jejak Seorang Pemimpin Sejarah Lisan Tun Dr Mahathir Mohamad

Penulis: Yayasan Kepimpinan Perdana
Penerbit: MPH Group Publishing Sdn Bhd
Tahun: 2014
Mukasurat: 183
Saiz: 23cm x 15cm
Harga: RM20.00
ISBN 978-967-415-096-9


Muka Depan: Tun Dr Mahathir Mohamad

Belakang: Penerangan ringkas buku ni


Buku ni sebenarnye hasil wawancara bersame Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2006. Rakaman wawancara tu kemudiannye di terjemahkan dalam bentuk buku dengan keizinan Yayasan Kepimpinan Perdana. Buku ini diterbitkan oleh MPH dan diedarkan pada tahun 2014. Buku ni mengandungi soklan dan jawapan je yang diasingkan ikut bahagian masing2. Jadi, takdek cerite ke, ringkasan atau gamba langsung, hanye dialog semate2. Buku ni boleh dijadikan rujukan atau bantuan pembelajaran bagi orang akademik. Tapi, kalo nak bace saje2 macam saye pon boleh gak. Saje nak menambah ilmu kan...Buku ni best, dapat la paham serbe sedikit pasal pemikiran mantan PM kite ni. 



Dialog2 terbahagi kepada isu2 yang berlainan. Macam bahagian ni, pewawancara tanye soklan yang tak formal sangat. Die tanye Tun mengenai pengalaman berniaga

Soklan2 yang mengenai kekeluargaan ade jugak. Kalo korang  click gamba ni bagi besar, korang boleh bace soklan dan jawapan nye

Isu2 dolu yang macam kelam2 tu, Tun  jelaskan lagi dalam bentuk yang mudah di fahami.  Ringkas dan padat, tu yg kitorg nak!



Kelebihan buku ni:

  • Buku fakta, so takdek la keraguan pasal ketepatan fakta
  • Wawancare ngan Tun Dr Mahathir, jawapan yg diberi sgt ikhlas
  • Boleh tambah pengetahuan



Kelemahan buku ni:

  • Sikit sangat kot. Kalo ade lagi banyak lagi bagus


Petikan menarik buku ni:


DS: Tun, ini ada satu soalan yang agak menarik berkaitan dengan Tun selepas bersara. Banyak negara telah menawarkan jawatan-jawatan penting kepada Tun antaranya Jepun dan Indonesia. Mereka mahu meminjam Dr Mahathir daripada kami selepas 22 tahun, tetapi kenapa Tun menolak tawaran-tawaran tersebut?

TDM: [Ketawa] Itu bukan serius, cuma cakap-cakap luar saja. Tiada langsung tawaran secara rasmi kepada saya. Cuma ada orang yang bercakap, kerana mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan mereka dan dengan itu mereka berkata bahawa adalah lebih baik untuk kami mendapatkan si anu si polan. Bukan serius.

0 comments:

Post a Comment